Text
SURAH AL-MULK
Surah Al-Mulk adalah surah yang ke-67 di dalam susunan Al-Quran al-Karim, juzuk ke-29 dan mengandungi 30 ayat. Di dalam buku ini penulis cuba menerangkan keistimewaan surah Al-Mulk serta kebaikan mengamalkan bacaan surah tersebut dengan membawakan dalil serta bukti yang sahih daripada Al-Quran Al-Karim sendiri dan hadith-hadith Rasulullah. Penulis menterjemahkan satu persatu ayat di dalam surah ini di samping membincangkan makna dan kandungannya dengan bahasa yang mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Di samping itu juga, untuk membacanya dan seterusnya mengamalkannya. Dapat disimpulkan bahawa surah Al-Mulk ini mempunyai fadhilah dan keistimewaannya yang banyak sehinggakan ia menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat dan orang-orang saleh terdahulu. Oleh itu, pelajarilah sertai ajarilah ia, terutamanya kepada isteri dan anak-anak, agar kita sama-sama beroleh keredhaan dan keberkatan daripada Allah `Azza wa Jalla.
Tidak tersedia versi lain